APAKAH PENULISAN AKADEMIK
Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. Penulisan akademik mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan ini berbeza daripada kaedah-kaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman.
Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan tidak mengikut kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah (sains), ia harus melalui jalan yang panjang
Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti berikut:
(a) Pengumpulan data dan fakta
(b) Pengamatan data dan fakta
(c) Pemilihan data dan fakta
(d) Penggolongan data dan fakta
(e) Pentafsiran data dan fakta
(f) Kesimpulan umum
(g) Perumusan hipotesis
(h) Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris .
(i) Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis
(j) Perumusan teori ilmu pengetahuan
(k) Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

JENIS-JENIS PENULISAN AKADEMIK
Jenis-jenis penulisan akademik adalah seperti berikut:
(i) Esei Ilmiah: karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperoleh melalui rujukan perpustakaan dan/ kerja lapangan. Penghuraianya bersifar rasional-empiris dan objektif.
(ii) Kertas kerja: penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan/ atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel dan sebagainya.
(iii) Laporan kajian atau penyelidikan: penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.
(iv) Tesis : penulisan ilmiah sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan pengetahuan baharu yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran.Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-você.
(v) Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você.

CIRI_CIRI PENULISAN AKADEMIK
a. Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik.
b. Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
c. Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.
d. Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.
e. Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi
f. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran.
g. Tidak ada kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.
h. Penulisan ilmiah tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam penulisan ilmiah akan membiarkan fakta berbicara sendiri.
i. Penulisan ilmiah bersifat sistematik.
j. Setiap langkah direncanakan secara sistematik,konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
k. Penulisan ilmiah tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif, argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang berdiri/berbicara sendiri
l. Penulisan ilmiah tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan merosakkan tujuan penulisan ilmiah. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan
BAHAGIAN UTAMA PENULISAN AKADEMIK
(a) Pengenalan: Pengenalan bermula secara umum dan kemudian memfokus kepada suatu idea utama. Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus membaca. Pengenalan harus mempunyai ciri-ciri menyeronokkan, menyampai dan memberi maklumat yang baharu serta merangsang naluri ingin tahu pembaca. Sebaik-baiknya ayat yang digunakan biarlah mudah, tepat dan menarik. Perenggan pengenalan juga perlulah ringkas dan jitu.
(b) Isi Esei: Isi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanya lebih panjang daripada bahagian-bahagian lain. Maklumat-maklumat tersebut boleh disertakan dengan penjelasan lanjut dalam bentuk statistik, kutipan, anekdot, fakta, carta dan rajah. Ia bertujuan untuk menyokong idea dan pendapat penulis. Di samping itu penjelasan ini juga menjadikan sesebuah esei lebih menarik dan senang difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan.
Setiap perenggan perlu ada tiga perkara penting iaitu kesatuan idea, urutan idea dan penonjolan idea utama.Ketiga-tiga perkara ini perlu diberikan perhatian untuk memastikan peralihan idea berjalan lancar dan memudahkan pembaca mengikuti perkembangan idea tersebut.
Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perlu untuk menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul. Caranya adalah dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti sementara itu, selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar dengan, dalam perkembangan ini dan sebelum ini. Kata penghubung penting bagi memastikan kelancaran idea dalam sesuatu esei dan memberikan maklumat yang sejelas-jelasnya kepada pembaca. Bilangan perenggan yang ingin digunakan oleh penulis bergantung kepada jumlah isi yang ingin diketengahkan.
Bahagian tubuh sebenarnya adalah bahagian atau argumentasi hujah. Penulis perlu mengemukakan hujah yang akan meyakinkan pembaca. Untuk menarik perhatian pembaca, penulis perlu memperkayakan perbendaharaan kata dan menguasai gaya bahasa supaya penulisan menjadi lebih kemas dan efektif. Antara semua ini, yang paling penting ialah hujah-hujah disusun secara logik. Isi yang disusun juga mestilah mengikut keutamaan.
(c) Penutup: Bahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataan umum. Bahagian penutup juga sama penting dengan pengenalan. Penutup harus menarik seperti pengenalan dan jumlah perkataan lebih kurang sama dengan pengenalan