GAYA APA
(i) Gaya American Psychological Association (APA)
Gaya APA biasanya digunakan oleh ahli psikologi, sains sosial dan pendidik. Gaya ini hanya memerlukan penulis menyatakan nama keluarga pengarang, tahun buku diterbitkan dan halaman buku dalam kurungan. Gaya ini lebih ekonomik kerana maklumat yang dinyatakan dalam kurungan tidak perlu dinyatakan dalam nota kaki. Maklumat lengkap setiap sumber yang dirujuk dalam teks diberikan dalam senarai bibliografi yang disusun mengikut abjad dan nama keluarga

PANDUAN MENULIS GAYA APA
(a) Rujukan dalam Teks
Rujukan dalam teks memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca menyatakan sumber maklumatnya.
(i) Nyatakan nama penulis yang dipetik beserta tahunnya di dalam teks. Nama yang muncul di dalam teks mesti disenaraikan dalam bibliografi/rujukan.
(ii) Menyebut nama keluarga (tanpa initial nama pertama dan nama pertengahan)
(iii) Jika penulis yang dirujuk tiga orang, nama masing-masing dicatatkan. Tetapi jika lebih dari tiga orang, mencukupi di tulis nama penulis pertama dan diikuti dengan perkataan ‘et. al.’
(iv) Petikan yang melibatkan keseluruhan kata-kata disebut petikan terus (direct quatation). Nama orang yang dirujuk boleh disebut di awal ayat atau di tulis penghujung ayat dan dalam kurungan.
(v) Contoh:
Ezhar, Hasan dan Said (1999) mendapati bahawa orang Melayu lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menguruskan konflik antara perseorangan.
Atau
Orang-orang Melayu didapati lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menangani konflik antara perseorangan (Ezhar, Hasan dan Said, 1999)
(vi) Petikan terus yang melibatkan kurang dari 40 perkataan ditulis terus di dalam ayat teks. Misalnya:
Miller (1999) menyatakan bahawa “the placebo effect which had been verified in previous studies, disappeared when behavior were studied in this manner” (p.276).
(vii) Manakala, petikan yang melibatkan lebih 40 perkataan di buat dalam blok (perenggan). Misalnya:
Persepsi merupakan tanggapan yang berbeza bagi setiap individu. Ini sesuai dengan pandangan Abdullah Jus (2005) yang menyatakan bahawa:
“Tiga orang pandang keluar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan merasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita. Oleh itu, orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.”(p.22)
(viii) Jika memetik kata-kata yang dipetik oleh orang lain, sumber rujukan di dalam kes ini ialah orang yang memetik tadi. Misalnya penyelidik memetik daripada tulisan Rahim. Beliau menyatakan … Ahmad (1995) mendapati kerabunan seseorang itu berkait dengan pemakanan tempe. Jika penyelidik merujuk tulisan Ahmad, maka sumber rujukan penyelidikan tadi adalah Ahmad (1995). Tetapi dalam kes ini penyelidik tidak membaca tulisan Ahmad, sebaliknya membaca tulisan Rahim; (iaitu Rahim merujuk tulisan Ahmad), maka sumber rujukan penyelidik ini adalah Rahim. Dalam hal ini, cara menulis petikan adalah seperti contoh berikut:
Ahmad (dipetik dari Rahim, 1999) mendapati kerabunan seseorang itu berkaitan dengan pemakanan tempe.
(ix) Menyusun maklumat yang dirujuk.
q Tulisan yang baik ialah tulisan yang berstruktur dan tersusun. Apabila idea yang dipetik dari beberapa sumber itu didapati sama atau selari, penulis hanya perlu menyebut nama-nama mereka yang berkenaan sahaja tanpa mengulangi menyebut idea mereka yang sama itu. Contohnya:
Fenomena kekuatiran komunikasi telah didapati adalah antara penyebab kepada pelajar kurang aktif berinteraksi dengan pensyarah (McCroskey, 1990; Richmond, 1997; Zamri, 1999).
q Jika idea yang dipetik berbeza atau bercanggah, nyatakan nama mereka yang dirujuk beserta idea masing-masing. Misalnya:
Definasi komunikasi interpersonal yang dikemukakan oleh Miller (1989) berbeza dengan definasi yang dikemukakan oleh Adler (1995). Definasi Miller lebih menekankan aspek psikologi. Menurut Miller, tidak semua komunikasi antara individu itu dikatakan komunikasi interpersonal. Sebaliknya definisi Adler tidak berunsur psikologi. Sebarang interaksi yang melibatkan dua orang sama ada bersemuka atau tidak boleh disifatkan interpersonal.
(b) Cara Menulis Senarai Rujukan
(i) Dari buku :
Nama Pengarang diikuti noktah.
Tahun penerbitan diikuti noktah.
Judul buku dicondongkan diikuti noktah.
Edisi, nama siri buku atau bilangan dalam siri jika ada diikuti noktah. Tempat terbit (Bandar) diikuti titik bertindih.
Penerbit diikuti noktah.
Contoh:
Mitcheel, T. R., & Larson, J. R. (1987). People in organization (3rd ed.). New York: McGraw-Hill
(i) Dari bab dalam buku
Bjork, R. A. (1998). Retrievel inhibition as an adaptive mechanism in human memory. In H. L. Larson & T. R. Mitcheel (Eds.), Varieties of memory and consciousness (pp. 105-175). Hillsdale, NJ: Erlbaum
(ii) Artikel dari jurnal
Klimoski, R., Palmer, S., Isomand, T. P, & White, L. A. (1993). Role of early supervisor experience in supervisor performance. Journal of Applied Psychology, 78, 443-449
(iii) Dari kertas kerja yang telah dibentangkan
Ezhar Tamam. (1999, May). An exploratory study of complimenting behaviour among Malays. Paper presented the International Conference on MICOLLAC organized by Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
(iv) Dari akhbar
Scheartz, J. (1993, September 30). Obesity affect economic, sosial status. The Washington Post, p.7
(v) Dari rencana akhbar, tanpa nama penulis
New drug appears to sharply curtrisk of death from heart failure. (1995, July 15). The Washington Post, p.15
(vi) Dari majalah
Zamri Ahmad. (1999). Mengatasi kegugupan komunikasi. Majalah Pengembangan, 3, 65-71.
(vii) Dari laporan organisasi
Jabatan Penerangan Malaysia. (1995). Laporan tahunan 1994. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan
(viii) Dari jurnal on-line
Fuller, L.K. (1998). The role of dominant ethnicity in racism: Reportage on Chinese rule in multi-racial Singapore. The adge: The E-Jurnal of Intercultural Relations, 1, 3. Retrieved June 30, 1998. Available: http://www.hart-li.com/biz/theedge/domrac.htm
(ix) Dari abstrak CD-ROM
Brower, D. L. (1995). The tip-of-the-tongue phenomena (CD-ROM). Memory & Cognition, 20, 200-215. Abstract from: ProQuest File: Dissertation Abstracts Item:9315947
(x) Dari sumber on-line (tanpa penulis, tanpa tajuk artikel)
http://www.apa.org/journals/webref.html