OSRIC
OSRIC merupakan sebuah pusat penyelidikan dan inovasi setempat yang ditubuhkan di bawah Unit Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Pendidikan Islam. Pusat ini ditubuhkan menggunakan konsep meletakkan semua kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi disatu tempat bagi memudahkan warga kampus menjalankan penyelidikan dan inovasi.
TUJUAN
Tujuan OSRIC ditubuhkan adalah untuk menggalakkan pensyarah dan pelajar IPG KPI melakukan penyelidikan dan inovasi serta mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelidikan disatu tempat yang mempunyai semua kemudahan dan bahan yang diperlukan.
FUNGSI
(i) Mengurus pentadbiran aktiviti penyelidikan dan inovasi di IPG KPI.
(ii) Menyelaras aktiviti penyelidikan dan inovasi di IPG KPI.
(iii) Membina kapasiti dan keupayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga IPG KPI.
(iv) Mewujudkan dan membina jaringan dengan badan-badan luar berkaitan penyelidikan dan inovasi.
(v) Mengurus permohonan geran penyelidikan.
(vi) Memantau perjalanan penyelidikan dan inovasi di IPG KPI.
(vii) Membina pangkalan data penyelidikan dan inovasi di IPG KPI.
(viii) Mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi di IPG KPI.
(ix) Memberi khidmat perundingan bagi aktiviti penyelidikan dan inovasi di IPG.
(x) Membantu warga kampus yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pasca siswazah.